Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lelaki maut selepas peralatan gim seberat 120kg jatuh ke lehernya

Anggaran Waktu Membaca:
HENAN: Seorang belia lelaki berusia 27 tahun mati selepas peralatan gim (barbell) seberat 120 kg yang diangkat jatuh ke bahagian lehernya.

Sina News melaporkan kemalangan berlaku pada petang Ahad (3 Jul) di daerah Zhenping di Henan.

Video insiden itu mula tular di media sosial sejak itu.

Dalam satu video di Weibo, mangsa dilihat menggunakan telefon bimbitnya untuk merakam dirinya angkat berat.

Lelaki terbabit, yang dilaporkan bernama Xiao Hou, merupakan seorang bekas jurulatih di gim tersebut dan beliau sering bersenam seorang diri ketika gim ditutup pada waktu makan tengah hari, menurut Sina News.

Pada permulaan video, Xiao Hou dilihat sedang berjalan ke satu bangku. Beliau selanjutnya berbaring di atasnya.

Setelah membuat persediaan, belia itu pun mula mengangkat peralatan gim seberat 120kg itu.

Peralatan tersebut dapat diangkat selama beberapa saat sebelum ia dibawa turun ke paras dadanya.

Xiao Hou terus cuba mengangkat peralatan itu. Malangnya, lengannya tidak cukup kuat dan peralatan itu terjatuh di atas lehernya.

Mukanya terus bertukar merah dan mulutnya kelihatan seolah-olah sedang menjerit meminta tolong.

Tidak lama selepas itu, Xiao Hou terbujur kaku sebelum beliau mengalami sawan.

Beliau ditemui para kakitangan gim setelah mereka kembali daripada makan tengah hari.

Sina News melaporkan, mangsa masih 'ditindih' peralatan gim berkenaan semasa ditemui. Xiao Hou disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan paramedik.

Menurut seorang rakan baiknya, Xiao Hou bekerja sebagai seorang jurulatih peribadi selama empat tahun, sejak tamat pengajian sarjana muda.

Kejadian di China ini mirip apa yang berlaku ke atas seorang pempengaruh Indonesia Justyn Vicki di Bali, pada 15 Julai lalu.

Mangsa 33 tahun maut selepas lehernya patah akibat 'barbell' yang cuba diangkatnya.
Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan