Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lelaki maut ditikam kerana lindungi ibu daripada perompak

Seorang lelaki berusia 23 tahun yang cuba melindungi ibunya daripada seorang perompak semasa berada di sebuah pasar di bahagian utara China, maut akibat ditikam pada Sabtu (8 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki maut ditikam kerana lindungi ibu daripada perompak

Zhai Jiacheng meninggal dunia setelah ditikam ketika cuba melindungi ibunya. (Gambar: Weibo)

Diterbitkan : 12 Sep 2018 10:25AM Dikemas Kini : 12 Sep 2018 10:33AM

HEBEI: Seorang lelaki berusia 23 tahun yang cuba melindungi ibunya daripada seorang perompak semasa berada di sebuah pasar di bahagian utara China, maut akibat ditikam pada Sabtu (8 Sep).

Menurut laporan thepaper.cn, Zhai Jiacheng sedang menemani ibunya ke sebuah pasar di Shijiazhuang di wilayah Hebei semasa ibunya diancam oleh seorang perompak. Malah tiga hari sebelum hari kejadian, ibunya juga diancam seorang perompak rampas lari, di pasar tersebut.

Ibu mangsa Zhai Caofang yang memiliki sebuah gerai sayur-sayuran bersama anaknya itu, biasanya membawa sekitar 2,000 yuan (S$400) ke pasar, yang sering dikunjungi beliau bagi membeli bahan-bahan jualan.

Ketika di pasar itu, Encik Zhai terlihat seorang perompak cuba merampas beg ibunya namun beliau berjaya menolak lelaki berkenaan, menurut laporan thepaper.cn.

Penyerang, yang dikenal pasti sebagai seorang lelaki berusia 31 tahun, kemudian mengeluarkan sebilah pisau dan mendekati mangsa dan ibunya.

Encik Zhan mengheret ibunya ke bekalang dan menggunakan tubuhnya untuk melindungi ibunya. Penyerang itu kemudian menikam Encik Zhai beberapa kali.

Suspek berjaya diberkas apabila para pelanggan dan para pemilik gerai cuba mengawalnya.

Seorang pemilik gerai turut ditikam dalam insiden berkenaan dan kini berada dalam unit jagaan rapi di sebuah hospital, namun dilaporkan tidak lagi berada dalam keadaan serius.

Polis menyatakan bahawa perompak itu sudahpun diberkas dan sedang disiasat atas tuduhan membunuh. 

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan