Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lelaki maut ditikam isteri sendiri, masalah kewangan dipercayai punca

Anggaran Waktu Membaca:

SEREMBAN:  Seorang lelaki maut disyaki ditikam isteri sendiri di sebuah rumah di Rasah Kemayan, Seremban 2 hari ini (23 Jan). 

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Nanda Maarof berkata dalam kejadian kira-kira pukul 4.11 petang itu, mangsa yang berusia 55 tahun ditemukan maut di dapur rumah berkenaan selepas disyaki ditikam dua kali di bahagian dada serta pinggang oleh isterinya yang juga berusia 55 tahun.

"Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban terima panggilan MERS 999 daripada anak perempuan mangsa berumur 18 tahun yang membuat aduan bahawa seorang lelaki ditikam di bahagian dada. Suspek dipercayai adalah isteri mangsa.

Pemeriksaan awal pada tubuh mangsa mendapati dua kesan tikaman di dada kiri dan pinggang kiri. Mangsa dan isteri mempunyai empat orang anak. Anak ketiga dan keempat merupakan saksi kejadian," katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, motif kejadian berpunca daripada masalah kewangan dan polis menahan isteri mangsa serta senjata tajam turut dirampas. Wanita itu akan direman esok.

Beliau berkata bedah siasat mangsa akan dilakukan esok (24 Jan).

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan