Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lelaki maut ditetak abang kemurungan

Seorang lelaki maut dipercayai selepas ditetak oleh abangnya dengan sebilah pedang dalam kejadian di Kampung Sungai Rual Melayu, di Jeli, Kelantan, pada awal pagi Rabu (29 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:

JELI: Seorang lelaki maut dipercayai selepas ditetak oleh abangnya dengan sebilah pedang dalam kejadian di Kampung Sungai Rual Melayu, di Jeli, Kelantan, pada awal pagi Rabu (29 Dis).

Ketua Polis Jeli DSP Ahmad Arifin berkata insiden berlaku ketika mangsa, berusia 30 tahun, sedang memasak di dapur rumah mereka kira-kira 1.20 pagi.

"Suspek seorang buruh berusia 30-an yang dipercayai mengalami kemurungan datang dari arah belakang dan terus menetak adiknya di belakang leher dengan menggunakan sebilah pedang. 

"Kejadian itu menyebabkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya ketika dihubungi hari ini.

Encik Ahmad berkata berdasarkan siasatan awal, suspek yang merupakan seorang duda tinggal bersama mangsa dan seorang lagi adiknya di rumah milik keluarga mereka.

"Kita masih menjalankan siasatan untuk tindakan lanjut dan kes ini akan disiasat di bawah Sekyen 302 Kanun Keseksaan.

"Suspek akan direman bermula esok bagi membantu siasatan lanjut," katanya.

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan