Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lelaki maut ditembak depan restoran di JB kes terpencil, tiada kaitan dengan isu keselamatan awam: Polis Johor

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki maut ditembak depan restoran di JB kes terpencil, tiada kaitan dengan isu keselamatan awam: Polis Johor

(Gambar: Facebook/Polis Johor)

Diterbitkan : 09 Jan 2025 01:04PM Dikemas Kini : 09 Jan 2025 02:00PM
JOHOR: Kes bunuh melibatkan kejadian tembakan di hadapan sebuah kedai makan di Taman Setia Indah, pada tengah hari Rabu (8 Jan) adalah kes terpencil, kata KetuaPpolis negeri itu.

Seorang lelaki 40 tahun maut ditembak dalam kejadian itu dengan empat kesan tembakan ditemui pada badannya.

"Orang ramai tidak perlu panik, kerana insiden yang berlaku adalah kes terpencil yang sama sekali tidak mempunyai kaitan dengan isu keselamatan serta ancaman kepada negeri Johor," kata Ketua Polis M Kumar sambil menggesa masyarakat tidak membuat spekulasi atau komen yang boleh menganggu proses siasatan atau memanipulasi fakta dengan tujuan menyebabkan kegusaran kepada awam.

Kawasan Taman Setia Indah terletak sekitar setengah jam jika memandu dari Pusat Pemeriksaan Johor Bahru.

Sementara itu, Penolong Pesuruhjaya daerah Johor Bahru Selatan Raub Selamat berkata, kejadian berlaku pada tengah hari.

“Polis sedang giat menyiasat untuk mengenal pasti mereka yang terlibat, mengesan saksi, dan menentukan punca sebenar,” katanya sambil menambah polis juga sedang memeriksa rakaman CCTV dari premis berhampiran.

Tambah beliau video kejadian itu telah tular di media sosial, dan menggesa orang ramai untuk tidak menyebarkannya lagi.

“Sesiapa yang mempunyai maklumat digalakkan menghubungi talian hotline IPD Johor Bahru Selatan di talian 07-2182323 atau datang ke balai polis berhampiran,” katanya.

The Star melaporkan bahawa seorang pekerja bengkel telah mendengar "tiga bunyi letupan" dan melihat sebuah motosikal tmeninggalkan tempat kejadian.

“Kami kemudian melihat seorang lelaki terbaring di atas lantai di hadapan restoran,” katanya dipetik The Star, sambil menambah bahawa dia pada mulanya menyangka orang ramai bermain bunga api.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan membabitkan pembunuhan.

Pada Jun, dua lelaki terbunuh di pinggir bandar Johor Bahru selepas berbalas tembak dengan polis.

Ketua Polis M Kumar kemudian berkata bahawa salah seorang suspek yang maut ialah seorang lelaki berusia 42 tahun dengan rekod jenayah membabitkan 38 kesalahan, termasuk jenayah berkaitan dadah.
Sumber : Agensi berita/SU/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan