Skip to main content

Dunia

Lelaki maut ditanduk kerbau semasa ibadah korban di Johor Bahru

Seorang lelaki meninggal dunia selepas ditanduk seekor kerbau ketika membantu ibadah korban dalam kejadian di Kampung Tenang, Ulu Tiram di Johor Bahru, pada Rabu (27 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki maut ditanduk kerbau semasa ibadah korban di Johor Bahru

Petikan skrin video tular yang menunjukkan kejadian maut melibatkan seorang lelaki dan seekor kerbau di Ulu Tiram, Johor Bahru. (Gambar: Media sosial)

Diterbitkan : 28 May 2026 08:51PM
JOHOR BAHRU: Seorang lelaki meninggal dunia selepas ditanduk seekor kerbau ketika membantu ibadah korban dalam kejadian di Kampung Tenang, Ulu Tiram di Johor Bahru, pada Rabu (27 Mei).

Ketua Polis Daerah Seri Alam ACP Mohd Sohaimi Ishak berkata kejadian berlaku kira-kira pada 10.00 pagi.

Mangsa berusia 45 tahun yang mengalami kecederaan dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah untuk mendapatkan rawatan.

“Bagaimanapun, kira-kira 11.00 malam hari yang sama, mangsa disahkan meninggal dunia di hospital,” kata beliau dalam satu kenyataan pada Khamis.

Encik Mohd Sohaimi berkata hasil laporan bedah siasat mendapati punca kematian mangsa adalah akibat kecederaan saluran darah (vaskular) pada kaki kiri dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Dalam pada itu, beliau berkata seorang lelaki tempatan berusia 45 tahun patah tulang rusuk kiri selepas seekor kerbau secara tiba-tiba bertindak liar dan menanduknya dalam kejadian di Batu 19, Kampung Sungai Tiram di Johor Bahru, juga pada Rabu.

Kejadian yang turut tular di media sosial itu berlaku sekitar 2.00 petang dan mangsa sedang menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail.

Beliau berkata pihaknya juga telah memaklumkan kedua-dua kejadian itu kepada Jabatan Veterinar Negeri Johor untuk tindakan susulan.

Encik Mohd Sohaimi pada masa yang sama, menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih mengenai kes-kes berkenaan.
Sumber : Bernama/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita