Lelaki maut diserang ikan jerung di kawasan pelancong popular Australia
Seorang lelaki meninggal dunia setelah beliau diserang oleh ikan jerung di perairan dekat timur laut Australia pada Isnin (5 Nov).
SYDNEY: Seorang lelaki meninggal dunia setelah beliau diserang oleh ikan jerung di perairan dekat timur laut Australia pada Isnin (5 Nov). Menurut polis, ia adalah serangan ketiga di kawasan pelancongan yang popular itu sejak dua bulan lalu.
Lelaki warga Australia berusia 33 tahun itu sedang bermain papan luncur dan berenang di Cid Harbour, Whitsunday Islands apabila beliau diserang oleh seekor ikan jerung pada sekitar jam 5.30 petang pada Isnin (5 Nov), menurut seorang jurucakap polis.
Serangan itu menyusli dua lagi serangan pada September, apabila kanak-kanak perempuan, 12 tahun dan seorang lelaki, 46 tahun cedera parah akibat diserang oleh ikan jerung pada dua hari berturut-turut.
"Lelaki tersebut dibawa ke pantai sebelum dibawa ke Hospital Mackay, di mana beliau kemudian meninggal dunia," menurut jurucakap tersebut dalam satu kenyataan.
Whitsunday Islands adalah sebuah tempat daya tarikan pelancong yang terletak 900 kilometer dari barat laut Brisbane. Sebelum kejadian itu, serangan-serangan ikan jerung di kawasan itu amat jarang berlaku, menurut jurucakap tersebut.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.