Skip to main content

Dunia

Lelaki maut disambar petir di jeti Langkawi

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki maut disambar petir di jeti Langkawi

(Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 13 Nov 2025 10:52AM Dikemas Kini : 13 Nov 2025 10:53AM
  • Seorang lelaki maut disambar petir ketika pulang daripada memancing bersama rakan-rakannya di Jeti Nelayan Teluk Baru, dekat Langkawi, pada Rabu (12 Nov).
  • Ketua Polis Daerah Langkawi ACP Khairul Azhar Nuruddin berkata Ishak Hashim, 57 tahun, dari Kampung Berjaya, Langkawi disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sultanah Maliha, Langkawi.
  • Beliau berkata semasa hendak mengambil batang pancing, mangsa disambar petir sehingga menyebabkan mangsa jatuh ke bawah jeti.
  • Mayat dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk proses bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Dijana oleh AI
ALOR SETAR: Seorang lelaki maut disambar petir ketika pulang daripada memancing bersama rakan-rakannya di Jeti Nelayan Teluk Baru, dekat Langkawi, pada Rabu (12 Nov).

Ketua Polis Daerah Langkawi ACP Khairul Azhar Nuruddin berkata Ishak Hashim, 57 tahun, dari Kampung Berjaya, Langkawi disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sultanah Maliha, Langkawi.

“Mangsa yang juga pemilik bot keluar memancing bersama tiga rakannya pada 8.00 pagi melalui jeti nelayan itu. Kira-kira 7.20 malam mereka semua pulang semula ke jeti selepas selesai memancing dan ketika itu hujan, dan semuanya berlindung di bawah bumbung jeti berkenaan.

“Sebelum itu, mangsa sempat mencuci bot dan menunaikan solat maghrib sebelum mengambil keputusan untuk pulang ke rumah walaupun dalam keadaan hujan kerana sudah basah dan tidak tahan sejuk,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata semasa hendak mengambil batang pancing, mangsa disambar petir sehingga menyebabkan mangsa jatuh ke bawah jeti. 

“Orang awam yang berada di situ turut membantu mengangkat mangsa naik ke atas bot sebelum dibawa ke darat. Mangsa yang tidak sedarkan diri dihantar ke hospital kira-kira 8.35 malam sebelum disahkan meninggal dunia sejam kemudian.

Mayat dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk proses bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Sumber : Bernama/IM/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita