Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lelaki maut akibat buat pusingan U mengejut

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki maut akibat buat pusingan U mengejut

(Gambar: Polis Diraja Malaysia)

HULU TERENGGANU: Seorang lelaki maut apabila kereta yang dipandu dirempuh kenderaan lain ketika membuat pusingan U mengejut di Kilometer (KM) 2 Jalan Ajil menghala Kuala Berang di Hulu Terengganu pada Khamis (6 Jan)

Dalam kejadian kira-kira jam 1.50 petang itu, mangsa, Mohammad Zawawi Abdullah, yang berusia 61 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, menurut laporan Sinar Harian. 

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Timbalan Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, mangsa yang memandu kereta jenis Perodua Kancil dilanggar kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux dipandu seorang pengurus syarikat ketika membuat pusingan U di hadapan sebuah kilang.

"Siasatan awal mendapati kenderaan pacuan empat roda berada di lorong kanan menghala ke Kuala Berang sebelum kereta mangsa yang berada di lorong sebelah kiri tiba-tiba masuk ke laluannya untuk membuat pusingan U.

"Keadaan itu menyebabkan pemandu Toyota Hilux tidak sempat mengelak dan menekan brek lalu melanggar bahagian tepi sebelah kanan kereta mangsa sebelum ia terbabas ke kawasan berumput sebelah kiri jalan," katanya kepada pihak Sinar Harian. 

Menurut Encik Mohd Adli, pemandu Toyota Hilux tidak mengalami kecederaan, manakala mangsa yang meninggal dunia dibawa ke Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu untuk bedah siasat.

"Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan bertugas.

"Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan