Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lelaki maut, 2 lagi cedera parah dalam letupan bom di Narathiwat

Bom buatan sendiri seberat 20kg dipasang pada tong gas dan diletakkan di atas sebuah motosikal yang diubah suai sebelum diaktifkan menggunakan walkie-talkie.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki maut, 2 lagi cedera parah dalam letupan bom di Narathiwat

Gambar fail. (Gambar: Scott Olson/AFP)

NARATHIWAT: Seorang orang awam maut manakala dua lagi cedera dalam satu insiden letupan bom di Narathiwat, selatan Thailand pada Ahad (7 Ogos).

Ketua Polis Wilayah Narathiwat, Mej. Jen. Pol. Waesamae Salae berkata dalam insiden kira-kira pukul 8.30 malam (waktu tempatan) pada Sabtu (6 Ogos), mangsa yang terbunuh berteduh di sebuah pondok berdekatan sebuah pos kawalan bersama isterinya yang turut cedera dalam kejadian itu.

“Sebutir bom buatan sendiri seberat 20 kilogram yang dipasang pada tong gas dan diletakkan di atas sebuah motosikal yang diubah suai dan ia diaktifkan menggunakan walkie-talkie.

“Kekuatan letupan dan serpihan bom menyebabkan lelaki berusia 74 tahun meninggal dunia di tempat kejadian manakala isterinya, 57 tahun, cedera parah,” katanya pada satu sidang media semalam.

Selain itu, beliau berkata seorang lelaki, 56, berada dalam sebuah rumah berdekatan turut cedera apabila terkena bumbung rumah yang runtuh akibat kekuatan letupan bom. 

“Kedua-dua mangsa kini menerima rawatan di hospital,” katanya.
Sumber : Bernama/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan