Lelaki mati ditembak polis yang masuk 'salah rumah'
Seorang pegawai polis Texas akan dikenakan tuduhan jenayah kerana menembak mati seorang lelaki setelah memasuki rumah yang salah selepas habis syif bekerja, menurut para pegawai pada Jumaat (7 Sep).
Botham Shem Jean ditembak mati oleh seorang pegawai polis Texas. (Gambar: Facebook/Botham Shem Jean)
CHICAGO: Seorang pegawai polis Texas akan dikenakan tuduhan jenayah kerana menembak mati seorang lelaki setelah memasuki rumah yang salah selepas habis syif bekerja, menurut para pegawai pada Jumaat (7 Sep).
Pihak berkuasa dijangka mendakwa pegawai polis tersebut, yang identitinya belum lagi didedahkan, atas pertuduhan membunuh tanpa sengaja. U Renee Hall dari polis Dalas memberitahu sidang media bahawa insiden itu "satu situasi unik".
"Kami tidak lagi mengendalikan (kejadian itu) sebagai protokol normal tembakan oleh pegawai," menurut ketua polis itu, yang turut berkata pegawai terlibat sedang mengambil ujian darah untuk mengesan sebarang pengaruh dadah atau alkohol.
Tembakan tersebut berlaku pada Khamis malam (6 Sep) selepas pegawai terlibat habis syif kerja. Semasa sedang dalam baju seragam, beliau memberitahu pihak berkuasa bahawa beliau secara tidak sengaja memasuki apartmen kepunyaan Botham Shem Jean dalam sebuah komplex berdekatan bandar Dallas.
Setakat ini pihak polis belum tahu tentang interaksi antara pegawai dan mangsa. Selepas menembak Jean, pegawai terlibat menghubungi ambulans dan memberitahu pegawai respons bahawa beliau menyangka beliau memasuki rumah sendiri.
"Kini ada lebih banyak persoalan daripada jawapan," kata Hall.
Jean, 26 tahun, adalah seorang pendatang daripada pulau Saint Lucia di Caribbean. Beliau menamatkan pendidikan di sebuah kolej di Arkansas pada 2016 dan sejak itu bekerja di sebuah firma pengakaunan di Dallas.
"Botham selalu memimpin ibadah di gereja dan di acara-acara kampus," menurut Universiti Harving dalam kenyataannya di Facebook. "Seluruh keluarga Harding berdukacita hari ini."
Texas Rangers, sebuah agensi penguat kuasa undang-undang wilayah, akan menjalankan siasatan bebas ke atas insiden tembakan itu.
"Saya inginkan jawapan untuk adik saya," kata Allisa Charles-Findley.
"Baru minggu lalu saya fikirkan apa untuk dibelikan bagi ulang tahun kamu," menurut catatan Facebooknya.
"Namun sekarang saya perlu memilih kerandamu."
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.