Skip to main content

Dunia

Lelaki M'sia ditahan di India disyaki seludup berlian S$440,000

Seorang lelaki Malaysia ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Chennai kerana cuba menyeludup masuk berlian bernilai 22.5 juta rupee (S$440,000) ke India.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki M'sia ditahan di India disyaki seludup berlian S$440,000

(Gambar fail: Siphiwe Sibeko/Reuters)

Diterbitkan : 05 Aug 2019 12:53PM Dikemas Kini : 05 Aug 2019 12:56PM

NEW DELHI: Seorang lelaki Malaysia ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Chennai kerana cuba menyeludup masuk berlian bernilai 22.5 juta rupee (S$440,000) ke India.

Pegawai Unit Perisikan Udara India (AIU) menyoal siasat lelaki berusia 48 tahun itu setelah tiba dengan menaiki penerbangan dari Kuala Lumpur dan menemui uncang mengandungi berlian dalam bagasinya.

Mereka bertindak berdasarkan maklumat bahawa batu permata itu mungkin diseludup dari Malaysia, menurut AIU.

Dua uncang putih ditemui di dalam pakaiannya manakala lapan uncang lagi disembunyikan dalam periuk di dalam bagasinya yang didaftar masuk.

Kesemua 10 uncang itu mengandungi 55 kantung kecil berzip di mana berlian berkenaan disembunyikan.

Polis India menjalankan siasatan lanjut terhadap insiden yang berlaku pada Sabtu (3 Ogos), kata Konsul Jeneral Malaysia di Chennai, Saravanan Karathihayan.

Lelaki itu memberitahu pihak berkuasa India bahawa dia sepatutnya menghantar berlian itu kepada seseorang di luar lapangan terbang.

Namun, tiada sesiapa yang datang mengambil barangan itu apabila dia dibawa keluar dari lapangan terbang sambil diperhatikan oleh pihak polis dari jarak jauh. 

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita