Skip to main content

Dunia

Lelaki lengkap berpakaian Baju Melayu ini tambat hati netizen dengan persembahan tarian zapin di Times Square

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki lengkap berpakaian Baju Melayu ini tambat hati netizen dengan persembahan tarian zapin di Times Square

Gambar: Instagram/hafizoid

Diterbitkan : 13 Jul 2023 02:08PM
SINGAPURA: Seorang penari warga Singapura baru-baru ini mencuri perhatian ramai warga net setelah beliau memuat naik video dirinya menari dengan girangnya di Times Square di bandar New York (NYC).

Dalam rakaman selama 38 saat itu, penari tersebut, dengan nama akaun @hafizoid di Instagram, dilihat mempersembahkan tarian tradisional Zapin Gemersik Ombak di tengah-tengah Times Square yang begitu sibuk sedang ratusan orang lalu-lalang menyaksikan persembahannya itu.

Lampu dari papan iklan NYC juga kelihatan memancar dengan terang di belakang lelaki tersebut, yang lengkap berpakaian baju Melayu berwarna jingga dengan songkok dan samping songket, seperti agensi berita Seismik.

Menurut hantaran berkenaan, warga Singapura itu sebenarnya mempersembahkan tarian tersebut sempena sambutan Hari Raya Aidiladha baru-baru ini.

"Menyambut Aidiladha dengan tarian Melayu di Times Square, mengapa tidak? Anda seharusnya memeriahkan kehidupan anda!" tulisnya dalam hantaran itu, lapor agensi berita Seismik.

Saksikan video berikut:
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita