Skip to main content

Dunia

Lelaki lemas cuba selamatkan rakan tergelincir ketika swafoto

Seorang lelaki ditemukan lemas ketika cuba membantu rakannya yang tergelincir ketika berswafoto berdekatan kawasan empangan di jambatan Kampung Pertak, Kuala Kubu Bahru, Selangor, petang tadi (18 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki lemas cuba selamatkan rakan tergelincir ketika swafoto

Lelaki 19 tahun itu ditemui lebih dua jam selepas pasukan bomba menerima panggilan. (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 19 Sep 2021 12:23AM Dikemas Kini : 19 Sep 2021 12:24AM

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki ditemukan lemas ketika cuba membantu rakannya yang tergelincir ketika berswafoto berdekatan kawasan empangan di jambatan Kampung Pertak, Kuala Kubu Bahru, Selangor, petang tadi (18 Sep).

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis berkata mayat mangsa berusia 19 tahun itu ditemukan kira-kira 6 petang. 

Terdahulu, pihaknya menerima panggilan pada 3.54 petang sebelum anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu bergegas ke lokasi kejadian. 

“Ketika kejadian, mangsa cuba menyelamatkan rakannya yang tergelincir dari jambatan ketika sedang berswafoto.

“Rakannya yang berusia 20 tahun itu berjaya menyelamatkan diri dengan berenang ke tebing sebelum pihak bomba sampai di lokasi namun mangsa yang bertindak terjun untuk menyelamatkannya pula tidak timbul,” katanya ketika dihubungi hari ini. 

Dalam pada itu, Encik Norazam turut menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati ketika melakukan aktiviti berkelah atau bercuti di kawasan berair seperti sungai dan empangan, serta beredar sekiranya hujan bagi mengelakkan kejadian banjir kilat, kepala air atau kenaikan paras air secara mendadak. 

Sumber : Bernama/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita