Skip to main content

Dunia

Lelaki kurang upaya mengaku salah lakukan amang seksual terhadap kanak-kanak di masjid Selangor

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki kurang upaya mengaku salah lakukan amang seksual terhadap kanak-kanak di masjid Selangor

Rakaman kejadian, yang kini viral di media sosial, menunjukkan Muhamad Adam Haiqal Abdullah memasuki ruang solat wanita di dalam sebuah masjid di Batang Kali, Selangor. (Sumber: X/Qeena Rahman)

Diterbitkan : 27 Feb 2025 04:59PM Dikemas Kini : 27 Feb 2025 05:02PM
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Ampang di Kuala Lumpur pada Khamis (27 Feb) atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor.

Muhamad Adam Haiqal Abdullah, 19 tahun, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Norshila Kamaruddin.

Mahkamah menetapkan 27 Mac untuk jatuh hukum selepas laporan sosial diperoleh daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Dia didakwa melakukan amang seksual fizikal ke atas seorang kanak-kanak perempuan berumur 10 tahun lapan bulan di sebuah masjid di Batang Kali di Selangor pada jam 6.20 pagi, 21 Februari lalu.

Pertuduhan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak 2017 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 14 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan hukuman sebat, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nurfadzlin Mahmad Zulhasnan memberitahu mahkamah tertuduh merupakan pesalah mudah dan memohon agar satu tarikh sebutan diberikan oleh mahkamah bagi pihak pendakwaan mendapatkan laporan sosial.

Cik Nurfadzlin kemudian mencadangkan jaminan RM15,000 (S$4,529) dengan seorang penjamin serta syarat tambahan perlu melapor diri di balai polis berdekatan sebulan sekali.
Sumber : Bernama/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita