Skip to main content

Dunia

Lelaki kurang upaya cuba cipta rekod tunggang motosikal lebih 5,000 km guna sebelah tangan

Bersempena Hari Malaysia, seorang lelaki dari golongan Orang Kurang Upaya (OKU) akan cuba mencipta nama dalam Buku Rekod Malaysia dengan menunggang motosikal sebelah tangan pada jarak paling jauh.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki kurang upaya cuba cipta rekod tunggang motosikal lebih 5,000 km guna sebelah tangan

Encik A. Santana Dass. (Gambar: Twitter/@bernamadotcom)

Diterbitkan : 26 Aug 2018 05:04PM Dikemas Kini : 26 Aug 2018 05:14PM

GEORGE TOWN: Bersempena Hari Malaysia, seorang lelaki dari golongan Orang Kurang Upaya (OKU) akan cuba mencipta nama dalam Buku Rekod Malaysia dengan menunggang motosikal sebelah tangan pada jarak paling jauh.

Encik A. Santana Dass, yang hanya mempunyai tangan kiri akan cuba mengembara bersendirian sejauh 5,922 km dari Pulau Pinang pada 16 September ini merentasi Thailand, Myanmar dan Singapura selama 14 hari dengan menunggang motosikal Yamaha R25 yang sudah diubah suai.

Encik Santana kehilangan tangan kanannya tiga tahun lepas apabila motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Macalister dan dirawat di hospital selama lapan hari.

“Kecacatan tidak akan menghalang saya untuk mencuba sesuatu yang baharu. Stigma dan persepsi yang tidak betul bahawa orang yang mempunyai kecacatan tidak mahu atau tidak boleh menyertai aktiviti sukan merupakan halangan paling utama yang perlu saya atasi,” katanya dalam satu sidang akhbar.

Sungguhpun kehilangan sebelah tangan, Encik Santana berkata kecacatan tidak menghilangkan semangat patriotismenya terhadap negara dan sanggup menghadapi cabaran untuk memotivasikan diri serta menunjukkan teladan yang baik kapada orang lain.

Beliau berkata keseluruhan perbelanjaan bagi pengembaraanya itu dianggarkan RM27,000 (S$9,000) termasuk petrol, penginapan, bahan promosi serta yuran penyertaan bagi Buku Rekod Malaysia sebanyak RM1,810 (S$604) dan Rekod Dunia Guinness berjumlah RM4,100 (S$1,400).

“Saya sudah menghantar surat kepada Yamaha dan organisasi lain untuk mendapatkan penajaan. Setakat ini penaja saya ialah Anggota Dewan Undangan Negeri Batu Uban A.Kumaresan,” katanya.  

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita