Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lelaki Korea Selatan didakwa sengaja naikkan berat badan semata-mata mengelak perkhidmatan tentera

Seorang lelaki warga Korea Selatan didakwa kerana sengaja menaikkan berat badan semata-mata untuk mengelak daripada menjalani perkhidmatan ketenteraan, lapor The Korea Herald pada Ahad (24 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
SEOUL: Seorang lelaki warga Korea Selatan didakwa kerana sengaja menaikkan berat badan semata-mata untuk mengelak daripada menjalani perkhidmatan ketenteraan, lapor The Korea Herald pada Ahad (24 Nov).

Lelaki berusia 24 tahun itu dijatuhi hukuman penjara setahun, digantung khidmat selama dua tahun di bawah Akta Perkhidmatan Ketenteraan.

Dia dilaporkan menggandakan jumlah makanan harian dan minum banyak air sebelum menjalani pemeriksaan fizikal bagi pengerahan khidmat tentera.

Menurut laporan itu, lelaki berkenaan dinilai berada dalam gred 2 bagi peperiksaan fizikal yang dijalani pada Oktober 2017, yang melayakkannya memegang peranan tempur.

Namun, dia mendapat gred 4 dalam peperiksaan fizikal akhir pada Jun 2023, dengan berat badan 102.3 kilogram.

Pada ketinggian 169 sentimeter dan indeks berat badan 35.8, lelaki itu dianggap sebagai sangat gemuk.

Gred baharu itu bermakna lelaki itu boleh memegang peranan bukan melibatkan pertempuran di sebuah agensi pemerintah dan dapat berulang-alik ke rumah setiap hari, lapor The Korea Herald.

Lelaki itu dilaporkan mengikuti satu rejim yang dicadangkan oleh seorang teman, iaitu termasuk pelan khusus untuk menaikkan berat badan.

Di bawah Akta Khidmat Ketenteraan, mereka yang sengaja mengelak menjalani khidmat tentera wajib tanpa alasan kukuh boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun.

Rakan lelaki itu pula dihukum penjara enam bulan, digantung khidmat selama dua tahun kerana bersubahat dengan lelaki berkenaan.

Bagaimanapun, lelaki itu dilaporkan menafikan tuduhan dan mendakwa bahawa dia tidak terfikir bahawa temannya akan mengikuti cadangannya itu.
Sumber : AFP/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan