Skip to main content

Dunia

Lelaki Korea Selatan bakar flat, bunuh 5 orang yang selamatkan diri

Polis Korea Selatan memberkas seorang lelaki berusia 42 tahun pada Rabu (17 Apr) setelah dia membakar apartmennya dan menikam mati lima orang yang cuba menyelamatkan diri, menurut polis.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki Korea Selatan bakar flat, bunuh 5 orang yang selamatkan diri

Polis Korea Selatan memberkas seorang lelaki berusia 42 tahun setelah dia membakar apartmennya. (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 17 Apr 2019 06:06PM Dikemas Kini : 17 Apr 2019 06:08PM

SEOUL: Polis Korea Selatan memberkas seorang lelaki berusia 42 tahun pada Rabu (17 Apr) setelah dia membakar apartmennya dan menikam mati lima orang yang cuba menyelamatkan diri, menurut polis.

Lelaki tersebut memulakan kebakaran di apartmennya pada awal pagi di bandar Jinju, tenggara Seoul. Menurut seorang pegawai polis kepada Reuters, dia kemudian menunggu di tangga dan menyerang sesiapa sahaja yang lari menyelamatkan diri ke tingkat bawah.

Lima ditikam sehingga mati, mangsa paling muda adalah kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun. 13 lagi orang dilaporkan cedera.

Lelaki tersebut memberitahu polis dia bertindak demikian kerana sudah "tidak dibayar gaji". Anggota bomba berjaya memadamkan kebakaran itu.

Sumber : Reuters/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita