Lelaki kerugian RM487,000 ditipu sindiket Macau Scam
Seorang lelaki berputih mata selepas mengalami kerugian RM487,000 (S$160,000) akibat ditipu sindiket Macau Scam.

Gambar fail logo Polis Diraja Malaysia. (Gambar: AFP/Saeed Khan)
KUCHING: Seorang lelaki berputih mata selepas mengalami kerugian RM487,000 (S$160,000) akibat ditipu sindiket Macau Scam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Sarawak Supt Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata lelaki yang berusia lewat 20-an itu mendakwa menerima panggilan yang mengatakan mangsa mempunyai tunggakan bayaran kad kredit.
“Mangsa menafikan perkara tersebut kerana tidak mempunyai kad kredit, kemudian panggilan itu disambungkan ke talian Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu kononnya mangsa terlibat dengan kes penyeludupan dadah dan pecah amanah.
Kemudian mangsa diarahkan untuk membuka akaun baharu dan menyerahkan butiran perbankan tersebut kononnya untuk proses penyiasatan Juruaudit Negara. Semalam, ketika mangsa menyemak semula akaun baharunya beliau mendapati wang simpanannya itu sudah lesap,” katanya dalam satu kenyataan, pada Isnin (15 Apr).
Supt Mustafa berkata, kerana takut dan panik, mangsa bertindak mengikut kesemua arahan sindiket tanpa usul periksa walaupun tahu mengenai Macau Scam melalui pelbagai saluran media.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.