Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lelaki Jerman sanggup disuntik vaksin COVID-19 90 kali gara-gara mahu jual kad vaksinasi

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki Jerman sanggup disuntik vaksin COVID-19 90 kali gara-gara mahu jual kad vaksinasi

(Gambar: Jeremy Long)

Diterbitkan : 04 Apr 2022 11:37AM Dikemas Kini : 04 Apr 2022 11:38AM

SAXONY: Seorang lelaki Jerman berusia 60 tahun sanggup membiarkan diri sendiri diberi suntikan vaksin COVID-19 sehingga 90 kali tanpa menghiraukan kesan terhadap tubuh badannya.

Lelaki itu, yang identitinya tidak didedahkan, mengambil risiko berbuat demikian semata-mata untuk menjual kad vaksinasi kepada mereka yang enggan mengambil suntikan, lapor Astro AWANI menukil rencana Daily Mail.

Namun perbuatannya berjaya dihidu pihak berkuasa apabila lelaki berkenaan hadir di sebuah pusat vaksinasi di Eilenburg, Saxony, Jerman untuk mengambil suntikan COVID-19 pada hari kedua berturut-turut, lapor Astro AWANI.

Agensi berita Jerman, dpa melaporkan, lelaki itu tidak ditahan tetapi sedang disiasat kerana mengeluarkan kad vaksinasi tanpa kebenaran, selain memalsukan dokumen berkaitan.

“Polis sudah merampas beberapa kad vaksinasi kosong daripada lelaki tersebut dan kini sedang membuat persiapan untuk meneruskan prosiding jenayah, lapor Astro AWANI.

“Dengan mengambil suntikan berkenaan, lelaki itu dengan mudah memperoleh nombor kumpulan vaksin yang sebenar untuk diletakkan pada kad tersebut,” menurut laporan itu lagi.

Pada Ahad (3 Apr), agensi pengawalan wabak penyakit negara itu melaporkan 74,053 kes baru dalam masa sehari. Kurang seminggu yang lalu, 111,224 kes baru tercatat.

Secara keseluruhan, Jerman merekodkan jumlah kematian sebanyak 130,029 akibat COVID-19.

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan