Lelaki ini tekad berjalan kaki dari M'sia ke Makkah
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: TikTok/herrynizam4
IPOH: Seorang lelaki bertekad memulakan perjalanan secara bersendirian dengan berjalan kaki sejauh 10,161 kilometer (km) dari Bidor, di selatan Perak ke Makkah, Isnin lalu (17 Apr).
Kisah Herry Nizam menerusi akaun TikToknya, @herrynizam4 mula mendapat perhatian warganet yang turut memberi sokongan kepada misi perjalanannya ke Tanah Suci itu.
Menerusi video yang dimuat naik, lelaki yang kudung tangan kiri itu memulakan perjalanan dengan menggalas sebuah beg bersama sehelai bendera negara Malaysia.
Berdasarkan hantaran itu, dia memaklumkan akan merentas 12 negara bermula dengan Thailand ke Arab Saudi.
Difahamkan pemuda itu telah berada di Sadao, Thailand pada Khamis lalu (20 Apr).
"Assalamualaikum semua sahabat yang saya kasihi, sekarang dah sampai dekat Sadao Thailand, lusa (Sabtu) baru jalan semula ke Myanmar, India, Nepal, Pakistan, China, Kyrgyzstan, Kazakhstan, Uzbekistan, Iran, UAE dan Arab Saudi.
"Doa kalian jambatan buat saya ke rumah Allah SWT," kongsinya di TikTok, lapor agensi berita Sinar Harian.
Berdasarkan peta perjalanan di aplikasi 'Google Map', dia dijangka menempuh perjalanan berjalan kaki sejauh lebih 10,160 kilometer untuk tiba ke Makkah.
Berdasarkan peta itu, dia memerlukan masa selama 84 hari dan 10 jam untuk melengkapkan perjalanan tersebut.
Media sebelum ini melaporkan, misi sama pernah dijalankan oleh seorang lelaki dikenali sebagai Adam Muhammad yang menempuh perjalanan sejauh 6,500 kilometer dengan berjalan kaki dari rumahnya di Wolverhamppton, England ke Makkah, lapor Sinar Harian.
Adam yang memulakan perjalanan pada Ogos 2021 mengambil masa selama 11 bulan dan tiba di Tanah Suci Julai 2022 bagi menunaikan haji pada usia 52 tahun.

Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.