Lelaki ini 'tayang' makanan disiapkan isteri dalam beg dinosaur
(Gambar: Tangkapan skrin video ehhfie/TikTok)
MELAKA: Setuju atau tidak, mungkin jarang kita lihat kaum lelaki membawa bekal makanan ke tempat kerja.
Apatah lagi jika membawa bekal makanan yang comel-comel belaka, mesti ramai yang takut 'dibahan' kawan-kawan kan?
Namun, lain pula dengan lelaki dalam video TikTok yang dimuat naik pengguna "ehhfie" baru-baru ini.
Lelaki itu dilihat membawa bekal makanan dalam beg hijau bercorak dinosaur daripada Smiggle. Namanya turut dilekatkan pada beg tersebut.
"Macam ni eh rasanya orang dah kahwin? Nak rasa juga...," luah pengguna itu.
Apa yang menghiburkan warga net adalah apabila lelaki itu tidak berasa malu menunjukkan beg bekalnya kepada rakan-rakan sekerja, malah beliau 'berposing' lagi!
Walaupun diusik rakan-rakan sekerja, lelaki itu masih membawa beg bekal makanan itu pada hari seterusnya.
"Kalau bakal suami I tak flex bekal dia macam ni, I akan hantar dia balik rumah mak dia," kata seorang warga net.
Ada juga yang mengambil kelakuan isteri lelaki ini untuk dijadikan teladan.
"Okay nanti dah kahwin nak buat gini. Bakal suami kalau tak flex macam ni, siap ye," gurau seorang lagi warga net.
"Macam ni makin semangat isteri dia nak masak bekal suami, suami dia bangga, tak malu pun. Bagus suami dia."
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.