Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lelaki ini nekad berenang ke kampungnya gunakan 2 botol kerana tiada wang

Kisah perjuangan seorang lelaki bernama Dedik Purnomo berusia 27 tahun ini amat mengharukan. Demi hasratnya ingin bertemu dengan keluarga, beliau sanggup melakukan aksi luar biasa ini dan berbahaya. 

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki ini nekad berenang ke kampungnya gunakan 2 botol kerana tiada wang

Nekad berenang dari Balikpapan ke Malang gunakan dua botol. (Gambar-gambar: Instagram/@makassar_iinfo/@ndorobeii/2020 Merdeka.com

Diterbitkan : 17 Dec 2020 09:39PM Dikemas Kini : 17 Dec 2020 09:51PM

INDONESIA: Kisah perjuangan seorang lelaki bernama Dedik Purnomo berusia 27 tahun ini amat mengharukan. Demi hasratnya ingin bertemu dengan keluarga, beliau sanggup melakukan aksi luar biasa ini dan berbahaya.

Dedik Purnomo, cuba berenang menyeberangi Teluk Balikpapan menuju Kota Malang hanya menggunakan dua buah botol air, menurut laporan laman Merdeka.com.

BERTEKAD UNTUK PULANG KE KAMPUNG

Sudah empat bulan Encik Dedik merantau dan tinggal di Balikpapan, Kalimantan Timur. Dia tinggal bersama salah seorang saudaranya di kawasan Rengganis, Balikpapan Selatan.

Selepas kehabisan wang dan tidak bekerja, terlintas di fikirannya untuk pulang ke kampung halamannya di Malang Jawa Timur. Sangkanya, jika dia terus berenang, tentu dia dapat kembali ke pulau Jawa dan mendapat pekerjaan di kampung.

Apa yang dilakukannya ialah mengikat dua buah botol air yang besar ke tubuhnya yang kurus itu. Satu botol dipegang di depan tubuhnya dan satu lagi diletakkan tepat di punggungnya.

(Gambar: Instagram/@makassar_iinfo/@ndorobeii/2020 Merdeka.com)

Walaupun botol-botol plastik itu dapat membiarkan tubuhnya terus berapung di atas air, arus laut kembali menyeretnya ke pesisir Balikpapan.

Mujur, dia berhasil diselamatkan oleh pihak polis, selepas berapung selama sekitar tiga jam pada Rabu (16 Dis). Tubuhya ditemui sekitar 300 meter dari dermaga Pelabuhan Chevron Semayang, Balikpapan.

Pada mulanya, dia disangka sedang memancing.

Sekitar 12.00 tengah hari, seorang penunggang bot laju terlihat seorang lelaki terapung di laut dengan dua botol air.

Namun, beliau dan warga lain tidak mengesyaki apa-apa dan fikir lelaki tersebut hanya ingin memancing.

(Gambar: Instagram/@makassar_iinfo/@ndorobeii/2020 Merdeka.com)

Malah juga disangka mayat, warga tersebut segera melaporkannya ke Polsek KP3 Semayang.

RAMAI TERHARU DENGAN 'PERJUANGAN' DEDIK

Ramai yang terharu dengan perjuangan Dedik yang sanggup melakukan aksi sebegitu semata-mata untuk pulang ke kampung halamannya. Meskipun sedar bahawa menaiki kapal memerlukan beberapa hari, apatah lagi berenang, dia tetap bertekad untuk pulang ke kampung halamannya.

(Gambar: Instagram/@makassar_iinfo/2020 Merdeka.com)

Ramai yang sempat mengirimkan doa buat Dedik. Keadaan fizikalnya dikhabarkan masih dalam pemulihan kerana terlalu lama berenang.

Semoga dia cepat sembuh! 

Sumber : Agensi berita/NJ/nj
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan