Skip to main content

Dunia

Lelaki ini mengamuk gara-gara tidak dipanggil 'baby'; didenda RM300

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki ini mengamuk gara-gara tidak dipanggil 'baby'; didenda RM300

(Gambar: Petikan skrin video tular di media sosial)

Diterbitkan : 13 Jun 2023 07:55PM
SHAH ALAM: Seorang lelaki yang mengamuk kerana tidak dipanggil ‘abang’ atau ‘baby’ di sebuah restoran di Subang Jaya didenda RM300 (S$87) oleh Mahkamah Majistret di Shah Alam selepas mengaku bersalah atas tuduhan melakukan mudarat awam.
Majistret Mohamad Redza Azhar Rezali menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohd Asri Abdullah, 50 tahun dan memerintahkan tertuduh dipenjara tujuh hari jika gagal membayar denda.

Tertuduh yang merupakan gelandangan didakwa melakukan mudarat awam sehingga menyebabkan kegusaran orang ramai di sebuah restoran di Putra Height, Subang Jaya pada pukul 9.00 pagi, 4 Jun lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 268 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum Seksyen 290 akta saman yang membawa hukuman denda sehingga RM400 (S$116).

Timbalan Pendakwa Raya Nurul Farah Sofea Norazman memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal sebagai pengajaran, dengan tertuduh tidak diwakili peguam.

Mengikut fakta kes, Mohd Asri mengamuk selepas berang tidak dipanggil dengan panggilan ‘abang’ atau ‘baby’ dengan membaling bungkusan nasi dan air Nescafe panas lalu terkena pada anak lelaki pemilik restoran yang berusia empat tahun.

Bekas pemandu lori itu turut menendang meja, membaling kerusi, meludah serta berkelakuan pelik.
Sumber : Bernama/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita