Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lelaki ini berani tunggang motor sebelah parit buat netizen kecut perut

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Menunggang motosikal mempunyai risiko tinggi di jalan raya terutama sekali jika jalan raya sesak dan ramai pengguna.

Apatah lagi jika di sebelah parit yang hanya ada laluan yang sempit. Risiko lebih tinggi terjatuh dalam parit.

Namun, baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang lelaki selamba menunggang motosikal sebelah parit, lapor Says MY.

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang lelaki sedang menunggang motosikal di kawasan kampung.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila beliau dilihat lalu di sebelah parit sungai yang sangat sempit jalannya. Ramai yang sangat cuak dan berdebar apabila melihat rakaman lelaki itu kerana takut beliau akan jatuh ke dalam sungai.

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 4 juta tontonan, 309,000 tanda suka dan 9,000 komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.

"Lesen apa ini?" tanya seorang warganet.

"Kelayakan lesen memandu di luar angkasa," tulis seorang netizen lagi.
Sumber : Sumber Web/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan