Lelaki Indonesia tikam polis M'sia dalam satu operasi antijenayah
Seorang anggota polis cedera ditikam seorang lelaki warga Indonesia menggunakan pemutar skru ketika sedang melakukan pemeriksaan dalam satu operasi penguatkuasaan.
Gambar fail kereta polis di Malaysia. (Gambar: Manan Vatsyayana/AFP)
KUALA LUMPUR: Seorang anggota polis cedera ditikam seorang lelaki warga Indonesia menggunakan pemutar skru ketika sedang melakukan pemeriksaan dalam satu operasi penguatkuasaan.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Shaharuddin Abdullah berkata, dalam kejadian kira-kira 10.20 malam itu, mangsa Lans Koperal Mohd Fauzi Abdullah mengalami kecederaan ringan pada bahagian siku kanan akibat ditikam suspek.
“Kejadian berlaku apabila Anggota Cawangan Pencegahan Jenayah Balai Polis Dang Wangi menahan sebuah kereta jenis Proton Satria yang dinaiki dua lelaki warga Indonesia yang berada dalam keadaan mencurigakan untuk melakukan jenayah,” kata ACP Shaharuddin.
Suspek berusia 25 tahun itu kemudian melarikan diri ke arah Jalan Tun Razak lalu dilanggar sebuah kereta manakala seorang lagi yang berusia 45 tahun berjaya ditahan anggota polis di lokasi kejadian dan mengalami kecederaan patah pada bahagian lutut, tambah beliau.
Suspek dan anggota polis yang cedera dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk menerima rawatan, katanya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.