Skip to main content

Dunia

Lelaki India maut setelah guna gam ganti kondom semasa seks

Seorang lelaki berusia 25 tahun di India meninggal dunia setelah menggunakan gam epoksi untuk menutup bahagian kelaminnya sebagai perlindungan ketika melakukan hubungan seks.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki India maut setelah guna gam ganti kondom semasa seks

(Gambar: Marcelo Leal/Unsplash)

Diterbitkan : 27 Aug 2021 10:55PM Dikemas Kini : 27 Aug 2021 10:59PM

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki berusia 25 tahun di India meninggal dunia setelah menggunakan gam epoksi untuk menutup bahagian kelaminnya sebagai perlindungan ketika melakukan hubungan seks.

The Times of India melaporkan bahawa Encik Salman Mirza dari Fatehwadi di Gujarat menggunakan gam itu kerana dia dan tunangnya tidak membawa sebarang alat perlindungan seks.

Polis menyatakan pasangan itu memutuskan untuk melakukan seks setelah mengambil dadah.

"Oleh kerana mereka tidak membawa sebarang perlindungan, mereka memutuskan untuk menggunakan pelekat pada bahagian sulitnya (lelaki) untuk memastikan wanita itu tidak hamil," kata seorang pegawai polis yang tidak didedahkan namanya.

Menurut pegawai itu, pasangan tersebut membawa pelekat tersebut kerana mereka kadangkala menggunakannya dengan bahan pemutih untuk menghidu dadah supaya kesannya lebih kuat.

Pasangan itu mendaftar masuk ke hotel di kejiranan Juhapura di Ahmedabad pada 22 Jun sebelum Encik Mirza didapati tidak sedarkan diri di luar pada keesokan harinya dan dibawa pulang.

Ketika keadaannya makin teruk, Encik Mirza dibawa ke Hospital Awam Sola di mana dia meninggal dunia.

Polis sedang menyiasat kejadian itu sebagai kematian yang tidak disengajakan.

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita