Lelaki hina, pijak al-Quran; kali ini di luar Kedutaan Turki di New York
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Facebook/Türkevi Center New York City)
WASHINGTON: Seorang individu yang tidak dikenali melemparkan al-Quran ke tanah dan menyepaknya di luar pekarangan kedutaan Turki di New York pada pagi Jumaat (8 Sep).
Kakitangan keselamatan kedutaan Turki campur tangan dengan segera dan menghalau individu berkenaan dari premis yang menempatkan Konsulat Jeneral Turki dan misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), lapor Agensi Anadolu.
Pegawai dari Jabatan Polis New York (NYPD) dan Unit Keselamatan Diplomatik (DSS) dimaklumkan mengenai kejadian itu.
Video yang tular di media sosial menunjukkan seorang lelaki membaling buku ke tanah dan memijaknya sambil menjerit, "Ini Al-Quran."
Insiden pembakaran al-Quran baru-baru ini di Sweden dan Denmark dengan alasan kebebasan bersuara mencetuskan kemarahan negara-negara Islam, termasuk serangan ke atas misi diplomatik.

Sumber : Bernama/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.