Skip to main content

Dunia

Lelaki gigit ular sampai mati selepas dipatuk

Seorang lelaki yang dipatuk oleh seekor ular membalas dendam dengan menggigit reptilia itu sehingga mati. Kejadian itu berlaku di negeri Uttar Pradesh di utara India.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki gigit ular sampai mati selepas dipatuk

Gambar hiasan.

Diterbitkan : 30 Jul 2019 01:01PM Dikemas Kini : 30 Jul 2019 01:05PM

NEW DELHI: Seorang lelaki yang dipatuk oleh seekor ular membalas dendam dengan menggigit reptilia itu sehingga mati. Kejadian itu berlaku di negeri Uttar Pradesh di utara India.

Encik Raj Kumar sedang berehat sambil meminum arak di rumahnya di Etah, apabila seekor ular memasuki rumahnya dan mematuknya.

“Ular tersebut mematuknya. Jadi, sebagai balasan, beliau menggigit dan mengunyah ular itu,” kata bapanya, Encik Babu Ram.

Keluarga Encik Kumar membawa beliau ke hospital dan keadaannya dikatakan kritikal. Ular yang mematuknya itu dilaporkan adalah ular tikus, yang menurut para pakar tidak beracun.

“Kes ini memang pelik. Saya pernah melihat para pesakit yang menerima rawatan akibat dipatuk, tetapi tidak pernah melihat seseorang yang menggigit seekor ular dan kemudian membawa haiwan itu di dalam sebuah beg."

Sumber : Reuters/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita