Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lelaki gantung diri selepas penggal kepala isteri, kelar leher anak

Seorang lelaki menggantung dirinya setelah memenggal kepala isteri dan mengelar leher anak perempuan mereka yang berusia lima tahun, malam Rabu lalu, beberapa jam selepas wanita tersebut cuba mendapatkan perintah perlindungan.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki gantung diri selepas penggal kepala isteri, kelar leher anak

Gambar hiasan.

Diterbitkan : 08 Nov 2019 09:58PM Dikemas Kini : 08 Nov 2019 10:00PM

NEW YORK: Seorang lelaki menggantung dirinya setelah memenggal kepala isteri dan mengelar leher anak perempuan mereka yang berusia lima tahun, malam Rabu lalu, beberapa jam selepas wanita tersebut cuba mendapatkan perintah perlindungan.

Menurut Jabatan Polis New York (NYPD), polis menerima panggilan 911 pada jam 9.18 malam (waktu tempatan) untuk memeriksa sebuah apartmen di 151 West 121st Street di Harlem, Manhattan.

Sebaik memasuki unit itu, mereka menemui mayat Yonathan Tedla, 46 tahun, Jennifer Schlecht, 42 tahun dan anak mereka yang berusia lima tahun, Abaynesh Schlecht Tedla.

Bapa Schlecht, Kenneth Schlecht, 74 tahun ketika bercakap kepada media memberitahu, perkahwinan anaknya berada di ambang kemusnahan dan Yonathan pernah mengugut akan ‘menghabiskan nyawa mereka’ jika isterinya meneruskan niat untuk bercerai.

Menurut laporan berita Spectrum News NY1, jiran sekeliling menyifatkan keluarga itu sebagai sempurna dan bahagia.

Mayat Yonathan ditemui di dalam bilik tidur, manakala mayat isteri dan anaknya masing-masing ditemui di bilik mandi serta bilik berlainan, menurut satu kenyataan media daripada pihak polis. Ibu dan anak itu mengalami kecederaan parah di bahagian leher.

Akhbar New York Daily News, memetik kenyataan beberapa sumber bahawa Cik Schlecht ditemui dalam keadaan kepalanya sudah dipenggal.

Abaynesh pula mengalami luka parah di bahagian leher dan kepalanya hampir terputus akibat dikelar.

Polis turut merampas sebilah pisau, dipercayai digunakan Yonathan untuk membunuh kedua-dua mangsa. 

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan