Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lelaki edar dadah di Melaka berdepan hukuman mati

Anggaran Waktu Membaca:

MELAKA: Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka pada Jumaat (2 Dis) atas tuduhan mengedar dadah jenis syabu dengan anggaran berat 23.1 kilogram. 

Lau Siong Poh, 50 tahun, mengaku faham sebaik tuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nabilah Nizam. Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa mengedar dadah jenis syabu seberat 23,188 gram, pada 11 November lalu, pukul 12.10 tengah malam, di Jalan Baiduri 8, Pulau Melaka, Melaka Tengah.

Pertuduhan didakwa mengikut Seksyen 39B (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B (2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Aliff Asraf Anuar Sharuddin, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Tiada jaminan ditawarkan terhadap tertuduh dan sebutan semula kes ditetapkan pada 16 Januari 2023 bagi serahan laporan kimia.

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan