Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lelaki dwi kerakyatan China-Pakistan ditembak mati di Karachi; lagi 2 orang cedera

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki dwi kerakyatan China-Pakistan ditembak mati di Karachi; lagi 2 orang cedera

Pegawai polis dan media berhimpun di luar klinik pergigian selepas insiden tembakan di Karachi, Pakistan pada 28 Sep 2022. (Gambar: Fareed Khan/AP)

KARACHI: Seorang lelaki bersenjata menembak mati seorang lelaki dwi kerakyatan Pakistan-China, yang bertugas di klinik pergigian di Karachi, di selatan bandar pelabuhan Pakistan pada Rabu (28 Sep), sebelum melarikan diri dari tempat kejadian, menurut polis. Lelaki itu dipercayai berpura-pura sebagai pesakit klinik tersebut sebelum melakukan serangan.

Pasangan warga China, yang mengendalikan klinik tersebut, cedera dalam serangan yang berlaku di kejiranan bandar Sandar, menurut pegawai polis, Asad Raza. Polis mengenal pasti mangsa sebagai Ronald Raymond Chou dan pasangan berkenaan sebagai Dr Richard Hu serta Margaret Hu.

Polis itu memaklumkan bahawa pasangan tersebut berada dalam keadaan stabil di hospital.

Sharjeel Memon Kharal, Timbalan Ketua Polis Negara di Karachi, berkata bahawa insiden itu merupakan serangan pembunuhan bersasar.

"Setakat ini berdasarkan siasatan awal, klinik (pergigian) ini dipilih dan disasarkan," ujar beliau.

Beliau turut mengesahkan bahawa seorang penempak yang bertindak sendirian terlibat dalam serangan tersebut dan para pegawai sedang menjalankan siasatan.

Tiada pihak yang sudah mengaku bertanggungjawab atas serangan pembunuhan tersebut, setakat ini.

Sebelum ini, puak pemisah Tentera Pembebasan Baluchistan mengaku bertanggungjawab atas beberapa serangan terhadap warga China di bandar dan tempat lain di Pakistan.

Ribuan warga China menetap dan bekerja di Pakistan, dengan sebilangan besar daripada mereka terlibat dalam projek prasarana bernilai berbilion dolar yang menghubungkan Asia Selatan dan Tengah dengan ibu negara China.

Dalam satu kenyataan, Menteri Dalam Negeri Pakistan Rana Sanaullah mengutuk serangan tembakan tersebut yang berlaku pada Rabu, sambil menegaskan bahawa "insiden sedemikian keterlaluan." Encik Rana mengarahkan polis agar memastikan penyerang diberkas secepat mungkin.

Sumber : AP/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan