Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lelaki ditemui mati dalam hotel setelah ambil suntikan besarkan otot punggung

Seorang lelaki yang baru mendapatkan suntikan daripada peniaga kosmetik bagi membesarkan otot punggung ditemui meninggal dunia dalam bilik hotel di Teluk Intan pada Isnin (24 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki ditemui mati dalam hotel setelah ambil suntikan besarkan otot punggung

Gambar hiasan. (Gambar: AFP/Brendan Smialowski)

IPOH: Seorang lelaki yang baru mendapatkan suntikan daripada peniaga kosmetik bagi membesarkan otot punggung ditemui meninggal dunia dalam bilik hotel di Teluk Intan pada Isnin (24 Jan).

Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Ahmad Adnan Basri berkata lelaki berperwatakan lembut berusia 31 tahun itu datang ke hotel berkenaan bersama rakannya pada 9.00 pagi bagi mendapatkan suntikan daripada seorang wanita dari Melaka dengan kos sebanyak RM500 (S$160).

"Si mati meminta izin untuk berehat di dalam bilik kerana merasa penat selepas selesai suntikan pada kira-kira pukul 12.00 tengah hari sambil ditemani rakannya manakala wanita itu keluar dari hotel untuk pulang ke Melaka," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata si mati kemudian disedari tidak bernafas ketika terbaring pada kira-kira 3.00 petang sebelum rakannya menghubungi wanita itu yang datang semula ke hotel dan mendapati lelaki berkenaan sudah tidak bergerak.

Menurut Encik Ahmad Adnan, pihak polis segera ke hotel tersebut sebaik sahaja dimaklumkan tentang kejadian itu. Polis menemui si mati terbaring di atas katil dengan memakai baju dan tuala serta bertutup dengan selimut.

Encik Ahmad Adnan berkata lelaki itu disahkan meninggal dunia oleh pegawai kesihatan yang hadir bersama ambulans dan mayatnya dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Teluk Intan untuk bedah siasat.

Beliau menambah hasil bedah siasat mendapati punca kematiannya adalah disebabkan paru-paru bengkak dan berair namun setakat ini, doktor tidak dapat mengaitkan punca kematian akibat suntikan yang diambil si mati.

Beliau berkata tiada unsur jenayah dikesan dalam kejadian itu dan kes disiasat di bawah Laporan Mati Mengejut (SDR).

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan