Lelaki ditembak mati di restoran makanan segera di Selangor
Anggaran Waktu Membaca:
BANTING: Seorang lelaki maut selepas ditembak di sebuah restoran makanan segera di Banting, Selangor pada Ahad malam (4 Jan). Mangsa dipercayai sedang makan di premis tersebut apabila kejadian berlaku sekitar pukul 10.00 malam.
Pihak polis menerima aduan mengenai insiden itu tidak lama kemudian, kira-kira pukul 10.05 malam. Mangsa dikenal pasti sebagai seorang lelaki berusia lewat 30-an tahun.
Video yang tular di media sosial menunjukkan penembak meluru ke arah mangsa dan melepaskan tembakan sebelum mangsa rebah ke lantai. Dalam video lain, lelaki itu dilihat terkulai di atas kaki lima di luar sebuah restoran McDonald's dengan kesan darah di kawasan sekitar.
Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia. Pihak polis turut menemui dua kelongsong peluru di tempat kejadian.
Siasatan kini sedang dijalankan dan polis sedang giat mengesan suspek yang melarikan diri dengan menunggang sebuah motosikal.
Kes tembakan jarang berlaku di Malaysia kerana undang-undang senjata api yang sangat ketat, namun beberapa kes berprofil tinggi sejak beberapa bulan kebelakangan ini menimbulkan kebimbangan orang awam. Ini termasuk kes tembakan di sebuah pusat beli-belah di Selangor tahun lalu, serta beberapa insiden yang dipercayai berkaitan dengan kumpulan kongsi gelap di Klang dan Seremban.
Pihak polis menegaskan bahawa kes-kes tersebut adalah kejadian terpencil dan terancang, namun ia tetap mencetuskan perdebatan mengenai keselamatan orang awam dan jenayah terancang.

Sumber : CNA/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.