Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lelaki ditangkap setelah tolak isteri keluar dari kenderaan

Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung video tular kejadian pergaduhan menyebabkan suspek menolak isterinya dari dalam kereta dinaiki mereka sehingga menyebabkan wanita itu mengalami kecederaan di Jalan Magazine pada Sabtu (29 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki ditangkap setelah tolak isteri keluar dari kenderaan

Jalan Magazine di Penang. (Gambar: Google Maps Streetview)

Diterbitkan : 30 Aug 2020 07:55PM Dikemas Kini : 30 Aug 2020 08:07PM

GEORGE TOWN: Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung video tular kejadian pergaduhan menyebabkan suspek menolak isterinya dari dalam kereta dinaiki mereka sehingga menyebabkan wanita itu mengalami kecederaan di Jalan Magazine pada Sabtu (29 Ogos).

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Soffian Santong berkata pihaknya menerima laporan polis daripada wanita berusia 26 tahun yang bekerja kilang itu sebelum menjalankan siasatan dan memberkas suaminya yang berumur 31 tahun pada pukul 12.15 tengah malam tadi di Jalan Patani.

"Berdasarkan siasatan awal, dalam kejadian kira-kira 7.45 malam itu, mangsa menaiki sebuah kereta jenis Suzuki Swift yang dipandu suaminya dan ketika melalui Jalan Magazine telah berlaku pergaduhan antara mereka kerana masalah keluarga.

"Akibat pergaduhan itu pintu penumpang hadapan telah terbuka dan mangsa hampir terkeluar dari kereta, kejadian tersebut turut dirakam oleh penumpang sebuah kereta yang berada di belakang kenderaan pasangan tersebut," katanya dalam kenyataan hari ini (30 Ogos).

Katanya menurut wanita itu sebaik sampai di hujung Jalan Dr Lim Chwee Leong, suaminya terus menolak mangsa keluar dari kereta dan meninggalkan mangsa di atas jalan sebelum orang ramai membantunya serta menghubungi pihak polis. 

Encik Soffian berkata wanita itu mengalami kecederaan ringan di bahagian muka dan mulut akibat dipukul oleh suaminya. Pasangan tersebut mempunyai seorang anak.

Menurutnya, wanita tersebut membuat aduan polis berhubung kejadian berkenaan pada pukul 10.00 malam selepas mendapatkan rawatan akibat kecederaan dialaminya dan susulan itu polis menahan lelaki terbabit bagi membantu siasatan.

"Polis turut merampas kereta Suzuki Swift yang dipandu lelaki itu dan siasatan mendapati dia yang tidak bekerja (penganggur) mempunyai rekod lampau berkaitan kes dadah, namun ujian saringan air kencing mendapati suspek negatif dadah," katanya.

Beliau berkata lelaki itu ditahan reman untuk siasatan lanjut bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 Akta Keganasan Rumah Tangga 1997.

Sejak Sabtu, satu video tular menampilkan sebuah kereta Suzuki Swift dengan pintu bahagian penumpang hadapan terbuka dan kaki penumpang terkeluar serta kedengaran jeritan seorang wanita sebelum kenderaan tersebut berhenti untuk menutup pintu dan individu yang merakam video itu keluar cuba memberi bantuan namun pemandu (Suzuki Swift) terus memecut laju.

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan