Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lelaki ditangkap buka pintu pesawat Asiana Airlines ketika di ruang udara

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki ditangkap buka pintu pesawat Asiana Airlines ketika di ruang udara

(Gambar: Daegu Fire Station/Newsis/AP)

SEOUL: Seorang lelaki berusia 30-an tahun diberkas kerana membuka pintu kecemasan pesawat Asiana Airlines sedang ia mendarat di Korea Selatan, lapor BBC. 

Kesemua 194 penumpang dalam penerbangan itu terselamat apabila pesawat itu mendarat dengan pintunya masih terbuka di Lapangan Terbang Antarabangsa Daegu pada Jumaat (26 Mei). 

Seramai enam penumpang mengalami masalah pernafasan dan dibawa ke hospital, lapor media tempatan. 

Lelaki berusia 30-an itu ditahan sebaik pesawat tersebut mendarat, menurut agensi berita Yonhap. 

Penerbangan OZ8124 berangkat dari Pulau Jeju pada pagi Jumaat waktu tempatan. 

Garis masa kejadian itu tidak jelas tetapi pintu pesawat tersebut dibuka ketika hendak mendarat, menurut media tempatan. 

Rakaman video yang dikongsikan seorang penumpang di media sosial menunjukkan lubang di tepi pesawat dengan deretan penumpang terkena tiupan angin. 

Beberapa kanak-kanak kecil dilaporkan berada dalam pesawat itu untuk mengikuti acara sukan hujung minggu. 

Ibu bapa salah seorang pelajar memberitahu Yonhap: "Kanak-kanak menggigil dan menangis ketakutan." 

Asiana Airlines menyatakan, polis sudah melancarkan siasatan menyeluruh. 

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan