Lelaki ditahan tampar doktor enggan beri cuti sakit kepada isterinya
Seorang pemandu lori ditahan kerana menampar seorang doktor yang enggan memberikan cuti sakit kepada isterinya dalam kejadian yang berlaku di Jabatan Kecemasan Hospital Pulau Pinang pada awal pagi tadi (20 Jan).
GEORGE TOWN: Seorang pemandu lori ditahan kerana menampar seorang doktor yang enggan memberikan cuti sakit kepada isterinya dalam kejadian yang berlaku di Jabatan Kecemasan Hospital Pulau Pinang pada awal pagi tadi (20 Jan).
Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Che Zaimani Che Awang, berkata dalam kejadian pada sekitar 1.00 pagi itu, isteri pemandu lori berkenaan mendapatkan rawatan di Jabatan Kecemasan hospital tersebut.
"Doktor lelaki berusia 29 tahun yang merawat wanita itu tidak memberikan cuti sakit kepada pesakit berkenaan kerana keadaannya tidak teruk.
"Suami wanita itu bertindak menampar pipi kiri doktor berkenaan berikutan berang isterinya tidak diberikan cuti sakit sebelum dia melarikan diri," katanya.
Menyusuli kejadian itu, doktor berkenaan membuat aduan polis dan pihaknya berjaya menahan lelaki itu di Datuk Keramat, di Pulau Pinang pada pukul 2.22 pagi.
ACP Che Zaimani berkata siasatan mendapati lelaki yang mempunyai dua rekod lampau itu turut positif dadah dan dia direman untuk siasatan lanjut.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.