Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lelaki ditahan selepas mantan PM Jepun Shinzo Abe ditembak

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki ditahan selepas mantan PM Jepun Shinzo Abe ditembak

(Gambar: Tangkapan skrin NHK/YouTube)

Diterbitkan : 08 Jul 2022 12:54PM Dikemas Kini : 08 Jul 2022 12:54PM

TOKYO: Seorang lelaki ditahan selepas mantan perdana menteri Jepun Shinzo Abe ditembak dalam satu acara di wilayah Nara pada Jumaat (8 Jul).

Encik Abe ditembak kira-kira pukul 11.30 pagi ketika menyampaikan ucapan, kata ketua setiausaha Kabinet Hirokazu Matsuno sambil menambah keadaan beliau tidak diketahui.

Encik Matsuno mengesahkan seorang lelaki dipercayai penembaknya telah ditahan.

Penyiar nasional NHK berkata lelaki itu berusia 40-an tahun dan ditangkap atas cubaan membunuh. Sepucuk pistol juga dirampas daripadanya, tambah NHK memetik sumber polis.

Encik Abe, 67 tahun, mungkin mengalami serangan jantung selepas kejadian tembakan itu, kata agensi berita NHK dan Kyodo. 

Bunyi tembakan kedengaran dan kepulan asap putih kelihatan ketika Encik Abe membuat ucapan di luar sebuah stesen kereta api, tambah NHK.

Encik Abe mula memegang jawatan Perdana Menteri pada 2006 sebagai perdana menteri termuda Jepun sejak Perang Dunia II. Selepas setahun dibelenggu skandal politik, kemarahan pengundi terhadap rekod pencen yang hilang, dan kekalahan partinya dalam pilihan raya, Encik Abe mengundurkan diri dengan alasan kesihatan yang tidak baik.

Beliau menjadi perdana menteri sekali lagi pada 2012.

Sumber : Agensi berita/SU/ny

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa