Lelaki ditahan selepas ceroboh Parlimen India, lepaskan tong gas
Tangkapan skrin yang dipetik daripada rakaman video yang dikeluarkan Sansad TV pada 13 Dis 2023, menunjukkan seorang lelaki menceroboh ke kawasan tempat duduk Anggota Parlimen di New Delhi pada 13 Dis 2023. (Gambar: AFPTV / AFP)
Lelaki itu segera ditahan kakitangan keselamatan dan Anggota Parlimen ketika cuba melepaskan tin gas yang disimpan dalam kasutnya.
Gas tersebut mengeluarkan asap putih dan kuning.
Pihak berkuasa menyatakan empat orang termasuk lelaki berkenaan telah diberkas.
Perdana Menteri India Narendra Modi tidak berada di dewan parlimen semasa kejadian itu berlaku.
Persidangan parlimen disambung semula sekitar sejam kemudian.
Speaker Dewan Om Birla memberitahu anggota dewan bahawa siasatan mendapati gas yang dilepaskan oleh lelaki berkenaan hanya asap biasa.
Tiada kenyataan dikeluarkan oleh pemerintah atau agensi penguatkuasaan undang-undang.
Kejadian tersebut berlaku di bangunan parlimen baharu yang dilengkapi dengan tahap keselamatan tinggi yang dirasmikan PM Modi pada Mei lalu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.