Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lelaki ditahan polis kerana hina Islam

Polis Selangor menahan seorang lelaki kerana didakwa menghina agama Islam di Johor Bharu pada Ahad (2 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki ditahan polis kerana hina Islam

Gambar fail kereta polis di Malaysia. (Gambar: Manan Vatsyayana/AFP)

Diterbitkan : 02 Sep 2018 05:18PM Dikemas Kini : 02 Sep 2018 05:20PM

SHAH ALAM: Polis Selangor menahan seorang lelaki kerana didakwa menghina agama Islam di Johor Bharu pada Ahad (2 Sep).

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Fadzil Ahmat dalam satu kenyataan berkata, lelaki berusia 24 tahun itu ditahan di tempat awam pada kira-kira 3.40 pagi.

"Suspek itu berasal dari Kedah, namun dia tinggal di Johor Bharu dan berkerja di Singapura.

"Polis menahannya susulan satu laporan polis dibuat di Sepang oleh seorang individu pada 30 Ogos lepas berhubung sebuah videonya yang menghina agama Islam tersebar di media sosial baru-baru ini," kata SAC Fadzil.

Dalam video sepanjang kira-kira dua minit 30 saat, seorang lelaki dipaparkan mengeluarkan kenyataan menghina dan mempersendakan agama Islam.

Fadzil berkata lelaki itu kini direman sehingga Rabu ini untuk disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan.

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan