Skip to main content

Dunia

Lelaki ditahan lakukan serangan pisau dalam kereta api Jerman

Beberapa orang cedera dalam satu serangan bersenjatakan pisau pada Sabtu ( 6 Nov) dalam kereta api laju di Bavaria, Jerman.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki ditahan lakukan serangan pisau dalam kereta api Jerman

(Gambar: STR/DPA/AFP)

Diterbitkan : 06 Nov 2021 08:37PM Dikemas Kini : 06 Nov 2021 08:48PM

BERLIN: Beberapa orang cedera dalam satu serangan bersenjatakan pisau pada Sabtu ( 6 Nov) dalam kereta api laju di Bavaria, Jerman.

"Berdasarkan maklumat awal, beberapa orang cedera," kata polis di Neumarkt in der Oberpfalz dalam satu kenyataan, sambil menambah "keadaan tidak lagi berbahaya".

Menurut akhbar Bild, sekurang-kurangnya tiga orang cedera dengan dua daripadanya parah.

Seorang lelaki telah ditangkap, kata polis tanpa memberikan butiran lanjut.

Perkhidmatan kereta api laju ICE dihentikan di stesen Seubersdorf, selatan negara itu.

Jerman berdepan dengan ancaman pengganas dari kumpulan pelampau sayap kanan dan militan.

Beberapa serangan dilaporkan sejak 2015.

Pada 25 Jun lalu, tiga orang maut dan lima lagi cedera selepas seorang warga Somalia melakukan serangan tikaman di Wuerzburg, selatan Jerman.

Sumber : AFP/SU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita