Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lelaki ditahan kerana tergamak tumbuk, ugut ibu kandung dengan parang kerana wang

Si ibu berusia 67 tahun mengalami bengkak di pipi kiri dan lidahnya sakit akibat ditumbuk oleh anaknya kerana gagal memberikan wang.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki ditahan kerana tergamak tumbuk, ugut ibu kandung dengan parang kerana wang

Gambar fail seseorang digari. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 26 Dec 2017 04:48PM Dikemas Kini : 26 Dec 2017 04:50PM

PARIT, PERAK: Demi mendapatkan wang ganti rugi rumah yang sudah diubah suai berjumlah RM40,000 (S$13,170), seorang anak sanggup menumbuk serta mengugut ibu kandungnya dengan sebilah parang.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah Supt Mohamad Zainal Abdullah berkata lelaki berumur 48 tahun itu bertindak demikian ketika meminta wang berkenaan di rumah ibunya di Simpang Tiga, Ulu Dedap, Kampung Gajah kira-kira pukul 10.45 pagi semalam (25 Dis).

Beliau berkata si ibu berusia 67 tahun mengalami bengkak di pipi kiri dan lidahnya sakit akibat ditumbuk oleh anaknya kerana gagal memberikan wang tersebut.

“Suspek meminta duit dengan memarahi ibunya biarpun wanita itu telah memberitahu bahawa dia tidak mempunyai duit.

“Suspek juga menyuruh ibunya memberi duit sewa bendang kepadanya tetapi wanita itu memberitahu sekiranya duit itu diberikan dia tidak mempunyai wang untuk makan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini (26 Dis).

Supt Mohamad Zainal berkata suspek yang merupakan anak sulung kepada mangsa turut mengambil sebilah parang dan mengugut mangsa dengan mengatakan “nyawa kome (awak) aku ambil, ingat” sebelum beredar dari rumah terbabit.

Hasil siasatan mendapati suspek yang bekerja sendiri dan tinggal bersama ibunya membuat beberapa ubah suai pada rumah tersebut menggunakan duitnya sebelum dihalau dari rumah itu selepas memarahi ibunya.

Selepas kejadian itu, tambah Supt Mohamad Zainal, wanita terbabit membuat aduan polis dan anaknya ditahan polis di jalan besar hadapan Balai Polis Jejawi di sana, kira-kira pukul 6.30 petang hari yang sama.

"Kita turut merampas sebilah parang yang dipegang suspek semasa mengugut ibunya untuk siasatan lanjut,” katanya.

Supt Mohamad Zainal berkata lelaki itu direman empat hari mulai hari ini dan kes itu disiasat mengikut Kanun Keseksaan.

Sumber : Bernama/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan