Lelaki ditahan disyaki sebar ajaran sesat
Seorang lelaki berusia 34 tahun ditahan pihak berkuasa kerana disyaki menyebarkan ajaran sesat di sebuah surau di Dungun.
Gambar fail kereta polis di Malaysia. (Gambar: Manan Vatsyayana/AFP)
TERENGGANU: Seorang lelaki berusia 34 tahun ditahan pihak berkuasa kerana disyaki menyebarkan ajaran sesat di sebuah surau di Dungun.
Lelaki yang menggelarkan diri sebagai Raja Muda Abdul Aziz sudah menetap di surau tersebut sejak enam bulan lalu.
Pihak polis menyerbu surau itu selepas menerima aduan orang ramai.
Suspek mendakwa mendapat gelaran itu daripada kerajaan jin yang berada di kawasan hutan dekat surau terbabit.
Surau tersebut didakwa menjadi istananya.
Turut dirampas, sebatang tongkat dan dua batu nisan serta sofa yang digunakan sebagai tahta.
Kes itu sudah dirujuk kepada Jabatan Agama Islam Terengganu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.