Lelaki ditahan baling objek dipercayai kartrij senapang patah di pekarangan Istana Buckingham
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: AFP)
LONDON: Seorang lelaki ditahan pada Selasa (2 Mei) selepas membaling objek yang dipercayai ‘kartrij senapang patah’ di pekarangan Istana Buckingham, kata Polis Metropolitan London.
Suspek ditahan pihak berkuasa keselamatan kira-kira pukul 7.00 malam waktu tempatan (1800GMT) selepas dia menghampiri pintu pagar istana, menurut agensi berita Anadolu.
“Lelaki itu kini dalam tahanan polis.
"Tiada laporan mengenai sebarang tembakan dilepaskan atau sebarang kecederaan pada anggota keselamatan atau orang awam. Pegawai masih berada di tempat kejadian dan siasatan lanjut sedang dijalankan," kata Ketua Superintendan Joseph McDonald dalam satu kenyataan.
Insiden itu berlaku beberapa hari sebelum istiadat pertabalan Raja Charles III pada Sabtu ini.
Tahap keselamatan di ibu negara dipertingkat untuk pertabalan pertama Britain dalam tempoh hampir 70 tahun.

Sumber : Bernama/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.