Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lelaki disyaki hina Islam, Nabi Muhammad di Facebook direman 4 hari

Lelaki berusia 35 tahun itu tiba di Mahkamah Majistret kira-kira 9.45 pagi diiringi anggota polis.

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA KRAI: Seorang penganggur yang dipercayai menghina agama Islam dan Nabi Muhammad SAW menerusi satu hantaran video, direman empat hari bermula Selasa(19 Jul).

Lelaki berusia 35 tahun itu tiba di Mahkamah Majistret kira-kira 9.45 pagi diiringi anggota polis.

Perintah reman sehingga 22 Julai itu dikeluarkan oleh Majistret Amal Razim Alias bagi siasatan mengikut Seksyen 298 dan 505 (b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Semalam, lelaki itu ditahan di Kampung Bagan Chekok, Pulai Chondong, Machang, selepas polis menerima laporan suspek menghina agama Islam menerusi akaun Facebook Saidinar Dina (Bos Dina).

Sehubungan itu, Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd berkata pada Isnin, beliau mahu undang-undang sedia ada disemak dan diperketatkan lagi supaya dapat membendung individu atau pihak yang tidak bertanggungjawab mengulangi perbuatan menghina agama Islam dan Nabi Muhammad.

Beliau berkata pihak berkuasa juga perlu sentiasa bertindak tegas terhadap sesiapa sahaja yang menghina peribadi Nabi Muhammad dan pelaku perlu dikenakan hukuman yang lebih keras.

"Demi memelihara kestabilan negara dan kesejahteraan hidup bermasyarakat, pihak berkuasa perlu sentiasa bertindak tegas terhadap sesiapa sahaja yang menghina peribadi Nabi Muhammad yang mulia ini dan seterusnya dikenakan hukuman yang lebih keras.

"Saya juga berpendapat undang-undang sedia ada perlu disemak semula dan diperketatkan lagi supaya dapat membendung individu atau pihak yang tidak bertanggungjawab mengulangi perbuatan sedemikian," katanya dalam kenyataan semalam.
Sumber : Bernama/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan