Lelaki disaman gara-gara guna kereta untuk bawa pokok pisang
Perbuatan seorang lelaki yang membawa sebatang pokok pisang menggunakan kereta sehingga mengganggu pengguna jalan raya yang lain pada Sabtu (28 Nov) ditahan selepas pihak berkuasa membongkar 18 saman trafik, empat waran tangkap serta 10 saman terhadapnya yang masih belum selesai.

(Gambar: BERNAMA)
JOHOR BAHRU: Perbuatan seorang lelaki yang membawa sebatang pokok pisang menggunakan kereta sehingga mengganggu pengguna jalan raya yang lain pada Sabtu (28 Nov) ditahan selepas pihak berkuasa membongkar 18 saman trafik, empat waran tangkap serta 10 saman terhadapnya yang masih belum selesai.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP Dzulkhairi Mukhtar berkata lelaki berusia 30 tahun berkenaan yang hadir di Balai Polis Trafik Iskandar Puteri bagi memberi keterangan berhubung insiden pokok pisang pagi semalam (29 Nov) kemudian dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru bagi menyelesaikan saman tertunggaknya.
Dia juga dikenakan saman trafik atas kesalahan membawa muatan dengan kenderaan yang tidak sesuai, katanya dalam kenyataan pada Ahad (29 Nov).
Pada Sabtu, tular satu rakaman video sebuah kereta Toyota Vios membawa sebatang pokok pisang secara melintang sehingga mengganggu trafik di Jalan Persiaran Utama, Mutiara Rini, Skudai pada Sabtu.
Mengulas kes itu, Dzulkhairi Mukhtar berkata selepas rakaman video itu tular menerusi media sosial, polis menghubungi pemilik kenderaan Toyota Vios tersebut yang berada di Singapura.
“Anak pemilik kenderaan itu hadir di balai memberi keterangan semalam dengan menyatakan kereta tersebut dipandu oleh sepupunya yang membawa pokok pisang untuk tujuan upacara sembahyang di kawasan Mutiara Rini,” katanya.
Beliau berkata menyusuli insiden itu, suspek hadir di balai polis untuk membantu siasatan pada pukul 9.30 pagi yang membawa kepada pembongkaran pelbagai saman lampau yang masih tertunggak.
Menurutnya lagi, kenderaan itu turut disita di bawah Sekyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987 atas kesalahan cukai jalan tamat tempoh serta kenderaan dipandu tanpa lesen.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.