Skip to main content

Dunia

Lelaki dipercayai hina Nabi Muhammad direman 3 hari

Lelaki berusia 68 tahun yang dipercayai memuat naik status menghina Nabi Muhammad SAW di akaun Facebook Foo Sing Wai direman selama tiga hari bermula hari ini (20 Feb) sehingga Jumaat bagi membantu siasatan.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki dipercayai hina Nabi Muhammad direman 3 hari

(Gambar hiasan: Reuters)

Diterbitkan : 20 Feb 2019 07:25PM Dikemas Kini : 20 Feb 2019 07:33PM

KUALA LUMPUR: Lelaki berusia 68 tahun yang dipercayai memuat naik status menghina Nabi Muhammad SAW di akaun Facebook Foo Sing Wai direman selama tiga hari bermula hari ini (20 Feb) sehingga Jumaat bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Negara Malaysia, Mohamad Fuzi Harun dalam kenyataan menyebut bahawa suspek direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan (atas alasan agama menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau pemusuhan, benci membenci atau niat jahat atau memudaratkan, pemeliharaan keadaan harmoni atau perpaduan).

Beliau berkata suspek turut disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian dan lain-lain).

PDRM katanya menerima 395 laporan polis dari seluruh negara ekoran terkesannya status hinaan yang dibuat terhadap Nabi Muhammad di sebuah laman Facebook itu.

"PDRM ingin menasihatkan orang ramai agar tidak menyalahgunakan media sosial atau sebarang rangkaian komunikasi dengan memuat naik atau berkongsi sebarang bentuk provokasi yang boleh menyentuh sensitiviti agama dan perkauman, sehingga membangkitkan ketegangan kaum dalam kalangan masyarakat majmuk di negara ini," katanya.

Bernama semalam melaporkan polis menahan seorang warga emas berusia 68 tahun di sebuah taman perumahan di Mentakab, Temerloh, pada pukul 11.30 pagi bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Sebelum ini, beberapa aduan polis dibuat terhadap seorang pemilik akaun Facebook menggunakan nama Foo Sing Wai yang didakwa menghina Nabi Muhammad dan isteri baginda Saidatina Aisyah.

Perbuatan itu menimbulkan kemarahan umat Islam di seluruh negara kerana disifatkan amat keterlaluan dan melampau.

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita