Lelaki dipercayai dalang serangan di Pantai Bondi akan didakwa dalam masa beberapa jam, kata PM Australia
Seorang lelaki didakwa melakukan pembunuhan beramai-ramai paling dahsyat di Australia dalam tiga dekad akan didakwa pada Rabu (17 Dis), kata Perdana Menteri Anthony Albanese, sedang upacara persemadian bagi mangsa-mangas kejadian bermula.
Anggaran Waktu Membaca:
SYDNEY: Seorang lelaki didakwa melakukan pembunuhan beramai-ramai paling dahsyat di Australia dalam tiga dekad akan didakwa pada Rabu (17 Dis), kata Perdana Menteri Anthony Albanese, sedang upacara persemadian bagi mangsa-mangas kejadian bermula.
Dalang dipercayai pasangan bapa dan anak itu melepaskan tembakan terhadap satu sambutan perayaan Hanukkah oleh masyarakat Yahudi di Pantai Bondi yang ikonik di Sydney pada Ahad (14 Dis), dalam satu serangan yang menggemparkan seluruh Australia dan meningkatkan keprihatinan terhadap peningkatan sentimen anti Yahudi dan pelampau ganas.
Sajid Akram, 50 tahun, ditembak mati oleh polis di tempat kejadian, manakala anak lelakinya yang berusia 24 tahun, dinamakan oleh media tempatan sebagai Naveed, mula sedarkan diri daripada koma pada Rabu selepas ditembak oleh polis.
"Dia akan didakwa secara rasmi, jika dia belum lagi, saya jangkakan ia akan berlangsung dalam masa beberapa jam," kata PM Albanese dalam satu temu bual di podcast pada pagi Rabu.
Para penyiasat dijangkakan akan menyoal siasat Naveed sebaik sahaja kesan pengambilan ubat ubatan semakin berkurangan dan dengan kehadiran penasihat undang-undang, kata Pesuruhajaya Polis New South Wales, Mal Lanyon.
Dia masih dirawat di hospital Sydney di bawah kawalan ketat oleh polis.
Lelaki-lelaki yang dituduh melancarkan serangan di Pantai Bondi pada Ahad mengunjungi selatan Filipina, sebuah kawasan yang lama dibelenggu oleh kumpulan ISIS, beberapa minggu sebelum melancarkan serangan yang menurut polis Australia, seolah-olah diilhamkan oleh kumpulan ISIS.

Sumber : Reuters/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.