Skip to main content

Dunia

Lelaki dipenjara 4 tahun kerana racun 8 gelandangan

Seorang lelaki yang meracuni lapan gelandangan di sebuah bandar pantai selatan California supaya dia dapat merakam reaksi mereka, dikenakan hukuman penjara empat tahun pada Jumaat (9 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki dipenjara 4 tahun kerana racun 8 gelandangan

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 10 Apr 2021 02:33PM Dikemas Kini : 10 Apr 2021 02:34PM

HUNTINGTON BEACH, California: Seorang lelaki yang meracuni lapan gelandangan di sebuah bandar pantai selatan California supaya dia dapat merakam reaksi mereka, dikenakan hukuman penjara empat tahun pada Jumaat (9 Apr).

William Cable, 38 tahun, yang berasal dari San Andreas di utara California, dijatuhi hukuman setelah mengaku bersalah di atas tuduhan meracuni, mencederakan seorang warga emas serta tuduhan melakukan jenayah dan salah laku lain, menurut pejabat peguam daerah Orange County.

Pihak pendakwa berkata pada Mei lalu, Cable memberi beberapa gelandangan di pantai Huntington makanan yang dibubuh oleoresin capsicum, yang dikatakan oleh para pegawai dua kali ganda kuat berbanding penyembur lada yang digunakan oleh polis.

Beberapa mangsa diberitahu bahawa mereka sedang mengambil bahagian dalam "cabaran makanan pedas" manakala yang lain tidak diberitahu, menurut pihak berkuasa. Ada yang diberikan makanan lain dan minuman bir untuk membuat mereka makan makanan yang dibubuh bahan itu.

Mangsa mengalami simptom seperti sawan, kesukaran untuk bernafas dan muntah-muntah serta mengalami sakit teruk pada mulut dan perut. Ada yang terpaksa dimasukkan ke hospital, kata pihak pendakwa.

"Mereka dieksploitasi dan diracun sebagai sebahagian daripada bentuk hiburan yang jijik dan kesakitan mereka dirakam supaya ia dapat ditonton oleh pesalah berulang kali," kata Peguam Daerah Orange County Todd Spitzer pada Jun setelah Cable didakwa.

Cable boleh dikenakan hukuman penjara lebih daripada 19 tahun jika dia disabit bersalah semasa perbicaraan.

Sumber : AP/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita