Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lelaki didakwa tikam dua wanita keturunan Asia di San Francisco

Lelaki didakwa tikam dua wanita keturunan Asia di San Francisco.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki didakwa tikam dua wanita keturunan Asia di San Francisco

Penunjuk perasaan semasa rapat menuntut keadilan bagi warga Asia Amerika. (Gambar: AFP/JUSTIN SULLIVAN / GETTY IMAGES NORTH AMERICA)

Diterbitkan : 07 May 2021 09:25PM Dikemas Kini : 07 May 2021 09:28PM

SAN FRANCISCO: Seorang lelaki yang dikatakan menikam dua wanita warga tua tanpa sebab di perhentian bas, didakwa atas tuduhan cuba membunuh dalam satu serangan, menyusuli sejumlah insiden serupa terhadap warga Asia-Amerika lain di merata negara itu.

Demikian menurut pihak berkuasa pada Khamis (6 Mei).

Patrick Thomson, 54 tahun, dari San Francisco juga didakwa atas tuduhan menyerang menggunakan senjata berbahaya dan menganiaya warga tua dalam insiden yang berlaku pada Selasa (4 Mei), dengan hukuman dipertingkat bagi kecederaan pada tubuh, kecederaan teruk pada tubuh warga tua dan penggunaan senjata peribadi yang berbahaya, menurut pejabat penguam daerah menerusi satu kenyataan.

Thomson, yang mempunyai sejarah penyakit mental, boleh dijatuhi hukuman penjara seumur hidup jika sabit kesalahan.

Dia didakwa pada Jumaat (7 Mei). Pejabat peguam bela awam San Franciso, yang mewakili Thomson, menyatakan ia akan memberikan komen selepas pendakwaan dibuat.

Seorang saksi memberitahu KGO-TV, lelaki berkenaan membawa sebilah pisau besar dengan besi penumbuk pada bahagian pemegangnya dan secara tiba-tiba menyerang dua wanita berkenaan semasa mereka sedang menunggu bas di Market Street.

"Pisau itu menikam bahagian paru-paru salah seorang mangsa, sehingga memerlukan pembedahan besar," menurut pejabat peguam negara.

"Sebilah pisau terpaksa ditarik keluar daripada seorang lagi mangsa di sebuah hospital."

Pada mulanya pihak berkuasa menyatakan kedua-dua wanita itu berusia 65 dengan 84 tahun namun tidak segera mengenal pasti mereka.
Seorang anggota keluarga kemudian mengenalpasti mangsa yang berusia 85 tahun sebagai Chui Fong Eng.

Victoria Eng berkata neneknya ditikam di lengan kanannya dan tikaman itu menusuk ke dadanya. Beliau sudah selamat menjalani pembedahan.

"Kami dapat melawat nenek hari ini! Sangat menyedihkan bila berjalan masuk dan melihatnya," Eng memuat naik catatan di laman GoFundMe pada Khamis, yang sudah berjaya mengutip lebih AS$98,000 (S$130,490) untuk membiayai kos perubatan wanita tersebut.

"Kakitangan (di hospital) memberikan jagaan yang sangat baik dan sangat menyokong keluarga kami. Nenek mahu mengucapkan terima kasih kepada semua orang atas sifat murah hati dan ucapan-ucapan cepat sembuh daripada mereka!"

Sebahagian wang dikumpulkan itu juga mahu diberikan kepada keluarga seorang lagi mangsa, "namun mereka menolak dengan baik", menurut catatan itu.

Kedua-dua wanita dijangka akan selamat, menurut pihak berkuasa.

Thomson mempunyai rekod jenayah termasuk melakukan serangan menggunakan senjata berbahaya yang mungkin menyebabkan kecederaan teruk, menurut KGO-TV.

Dia ditangkap pada 2017 dan dihantar ke sebuah hospital mental selepas didapati tidak dapat menjalani sesi perbicaraan, menurut pejabat peguam daerah.

Pada 2018, Thomson dihantar mengikuti program Pengalihan Kesihatan Mental kebangsaan yang memberikan "khidmat-khidmat dan rawatan intensif dan dipantau mahkamah", menurut pejabat itu lagi.

Selepas dua tahun, seorang hakim kemudian membenarkan Thompson dibebaskan.

Dia tidak didakwa atas sebarang kesalahan baru. Namun dia sekali lagi diberkas selepas waran tangkap dikeluarkan kerana tidak hadir ke mahkamah, termasuk pada April 2020, apabila dia juga didapati memiliki paip dadah, menurut pihak pendakwa.

Sumber : AP/NK/nk

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa